Azizulhasni Juara Asia tiada tandingan

Azizulhasni Juara Asia tiada tandingan

AZIZULHASNI Awang berjaya melintasi garisan penamat untuk dinobatkan sebagai pemenang dalam acara Keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC), semalam.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang melengkapkan koleksi sedozen pingat emas di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) apabila mengungguli acara keirin yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai semalam.

Terdahulu Azizulhasni berjaya mara ke peringat akhir selepas menduduki tangga kedua di belakang pelumba Jepun, Ota Kaiya ketika peringkat separuh akhir, manakala Shah Firdaus Sahrom nyaris terlepas tiket ke perlumbaan akhir selepas berlaga dengan pelumba China, Qi Liu dan pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.

Bagaimanapun Shah Firdaus tidak mengalah apabila bingkas bangkit untuk menghabiskan perlumbaan tatkala badannya luka serta tempat duduk basikalnya patah untuk mengakhiri saingan separuh akhir di tempat ketiga di belakang Kohei Terasaki dan Jai Angsuthasawit.

Aksi akhir menyaksikan Azizulhasni membuat percaturan kemas dengan mula memecut deras di pertengahan perlumbaan untuk memimpin enam pelumba lain, dan akhirnya menjadi individu pertama melintasi garisan penamat meninggalkan pelumba Jepun, Shinji Nakano di tempat kedua.

Tuah juga memihak kepada Shah Firdaus apabila berjaya meraih pingat gangsa.

Kali terakhir Azizulhasni berjaya menyapu dua pingat emas di ACC adalah ketika edisi 2008 di Nara, Jepun.

“Ini merupakan persembahan terbaik saya, gelaran juara berganda, apa lagi yang saya mahu minta, saya ingat tidak lama dahulu saya pernah meraih kejuaraan berganda seperti ini, tapi saya berjaya mengulanginya kerana tahap di Asia bukanlah calang-calang, memang bertaraf dunia.

“Setahun yang lalu saya terlantar di katil melihat rakan-rakan saya berlatih untuk ACC di India, saya hanya mampu membuat rakaman video untuk memberikan kata-kata semangat.

“Masa tu nak berkayuh pun tak boleh, hanya boleh berjalan, jadi bila dikenang balik memang sayar rasa bersyukur kepada Allah,” jelas Azizul yang turut meraih pingat emas dalam acara pecut tempohari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya