Wei Chong-Kai Wun teruskan kejutan sensasi

Wei Chong-Kai Wun teruskan kejutan sensasi

Man Wei Chong bersama Tee Kai Wun. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sehari selepas mengejutkan bekas juara dunia, langkah
Man Wei Chong-Tee Kai Wun sukar dibendung apabila melakar satu lagi kejutan untuk mara ke final badminton Malaysia Masters sebentar tadi.

Jika semalam mereka menyingkirkan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan hari ini Wei Chong-Kai Wun menundukkan satu lagi pasangan Indonesia yang juga beregu No. 9 dunia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-17, 22-20.

Ini kejayaan besar buat pasangan muda negara itu yang tidak diberi banyak harapan ketika memulakan kempen di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae kini menjadi halangan terakhir buat pasangan No. 26 dunia itu untuk merangkul kejuaraan pertama musim ini.

Juara Terbuka Taiwan dan kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 itu berpeluang menamatkan penantian negara untuk memiliki juara beregu lelaki pertama dalam Malaysia Masters sejak Goh V Shem-Lim Khim Wah memenanginya pada 2013.

“Semasa set kedua tadi sampai ke hujung pun ada sedikit berdebar, tetapi Wei Chong bagi keyakinan. Jadi kami hanya main dan masukkan bulu tangkis melepasi jaring dengan harapan pihak lawan lakukan kesilapan” kata Kai Wun.

Sementara itu, Wei Chong pula menyifatkan kejohanan bertaraf Super 500 itu merupakan laluan penting dalam kariernya memandangkan sebelum ini mereka kerap tewas pada pusingan pertama dan kedua pada Jelajah Dunia. 

“Kejohanan ini bagus untuk kami bersaing dengan beregu-beregu handalan dunia. Untuk perlawanan, esok kita akan bincang dengan jurulatih, Rexy Mainaky bagi melakukan persediaan,” ujarnya. 

 Wei Chong-Kai Wun belum pernah bertemu pasangan Korea yang menghuni ranking ke-16 dunia. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya