Wajibkan kalahkan Laos dalam aksi pembukaan esok

Wajibkan kalahkan Laos dalam aksi pembukaan esok

SKUAD bola sepak Malaysia B-22 berlepas ke Kemboja hari ini untuk Sukan SEA 2023. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu menumpaskan Laos dalam aksi pembukaan Sukan SEA 2023 esok atau bakal berdepan laluan lebih getir, kata pemain skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara, Mukhairi Ajmal Mahadi.

Pasukan negara yang berlepas ke Kemboja hari ini bakal berdepan cabaran getir dalam tiga lagi perlawanan Kumpulan B, menentang juara 16 kali, Thailand, Sabtu ini, diikuti juara bertahan, Vietnam (Isnin) dan Singapura pada 11 Mei.

“Kami amat memerlukan tiga mata dalam perlawanan pertama untuk memberi inspirasi kepada pasukan (walaupun) ia adalah cabaran yang sukar menentang Laos… kami tidak boleh memandang rendah lawan kami.

“Saya lihat semua orang telah menyesuaikan diri dengan taktik jurulatih. Saya pernah bermain dalam pasukan senior dengan taktik sama, jadi saya harap kita boleh fokus pada Sukan SEA,” kata bintang tengah Selangor itu.

Mukhairi, 22, berjanji untuk menyesuaikan diri dengan pasukan secepat mungkin kerana tidak dapat bermain bersama mereka ketika menjuarai Piala Merlion ekoran mengalami jangkitan perut.

“Saya mahu kami menjadi juara kerana kami tewas pada separuh akhir tahun lalu. Saya harap tahun ini kita bertuah kerana ini Sukan SEA terakhir saya dan saya mahu melakukan yang terbaik,” katanya.

Malaysia tewas 0-1 kepada Vietnam pada separuh akhir di Hanoi tahun lalu, dan akan cuba menamatkan penantian 12 tahun untuk memenangi ‘ibu segala emas’ Sukan SEA sejak memenanginya di Jakarta pada 2011 .- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.