Thailand sukarkan laluan Malaysia

Thailand sukarkan laluan Malaysia

PERTAHANAN negara, Azam Azmi Murad cuba mengekang pemain Thailand dalam aksi Kumpulan B, Sukan SEA 2023 hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Selepas garang membedil Laos 5-1 dalam aksi pembukaan, Rabu lalu, laluan Malaysia dalam saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 berliku apabila tumpas 0-2 kepada juara 16 kali, Thailand di Stadium Prince sebentar tadi.

Pengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara E. Elavarasan membuat kejutan apabila merombak kesebelasan utama dengan meletakkan pemain seperti T. Saravanan dan Fergus Tierney mengemudi jentera serangan.

Keputusan tersebut ternyata memakan diri apabila skuad muda Harimau Malaya lebih banyak bertahan dengan Thailand yang dikendalikan Ithsara Sritharo mendominasi perlawanan.

Peluang terbaik Gajah Perang hadir pada minit ke-27 tetapi percubaan yang dilakukan oleh Channarong Promsrikaew berjaya ditepis penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel.

Bersambung pada separuh masa kedua, aksi dilihat lebih seimbang apabila Elavarasan memasukkan pemain seperti Mukhairi Ajmal dan Najmudin Akmal Kamal Akmal bagi menguatkan lagi jentera tengah.

Namun, situasi tersebut tidak menghalang Thailand untuk terus mengasak kubu Malaysia dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-72 hasil ledakan pemain gantian, Anan Yodsangwal.

Pasukan Thailand semakin ghairah untuk menggandakan asakan dan kini giliran Yotsakon Burapha untuk menyudahkan peluang terhidang dengan Sikh Izhan tewas pada situasi satu lawan satu berselang 11 minit kemudian.

Keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan dan kini skuad negara akan bertemu Vietnam pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan di venue yang sama pada Isnin ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya