Terhutang dengan JDT, MFL akan selesaikan tahun ini

Terhutang dengan JDT, MFL akan selesaikan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan mereka terhutang dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), namun dalam proses melunaskannya secara berperingkat dan dijangka selesai tahun ini.

Presidennya, Datuk Ab. Ghani Hassan menjelaskan, penangguhan pembayaran wang kemenangan pada musim 2020 itu telah dipersetujui oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tunku Ismail Sultan Ibrahim memahami kekangan kewangan MFL yang kehilangan wang tajaan kira-kira RM30 juta akibat pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, penangguhan pembayaran bagi musim itu hanya melibatkan JDT, di mana MFL tidak ada sebarang tunggakan dengan pasukan lain,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum ini berharap denda susulan tindakan penyokong membakar suar di Stadium Sultan Ibrahim selepas aksi JDT dapat ditolak daripada hutang lama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan pasukan itu.

Perkara tersebut dimaklumkan Tunku Ismail yang sedar skuad Harimau Selatan itu berdepan hukuman denda apabila tiga kali membakar suar dalam saingan Liga Super. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN