Teong Kim dipecat demi menjaga imej Perak FC

Teong Kim dipecat demi menjaga imej Perak FC

LIM TEONG KIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Lim Teong Kim dipecat demi menjaga imej Perak FC.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi berkata, antara faktor utama khidmat Teong Kim ditamatkan adalah berikutan prestasi buruk pasukan dalam 12 perlawanan Liga Super.

Bagaimanapun ia bukan hanya berkisar kepada prestasi pasukan tetapi turut mempunyai beberapa faktor lain.

“Pihak kami kena fikirkan nama baik syarikat agar tidak terjejas berdasarkan kepada prestasi terkini Perak FC yang kini menghuni tangga ke-11 Liga Super.

“Mengikut sasaran awal yang diletakkan, Teong Kim perlu membawa pasukan sekurang-kurangnya di kedudukan ketujuh daripada 14 pasukan bertanding sebelum memasuki pertengahan liga.

“Bukan sahaja dari segi prestasi, banyak lagi benda yang kami ambil kira termasuk dari sudut penyokong, pemain, pengurusan dan syarikat. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah begitu panjang berbincang berkenaan Teong Kim, sampai dua, tiga jam,” katanya.

 

YUSRI Che Lah akan menggalas tugas jurulatih sementara.

Katanya, mereka perlu pastikan nama syarikat tidak terjejas. Kalau asyik kalah orang pun tak datang ke stadium, ia akan beri kesan terus kepada syarikat.

“Mungkin ramai orang tak nampak, kita satu entiti komersial dan bola sepak macam bisnes. Jadi kami kena uruskan seperti perniagaan.

“Andai kata asyik kalah dan tak ada perubahan mungkin tahun depan kami tersingkir. Jika tersingkir ke Liga M3, apa guna sedangkan kami sudah belanja berpuluh juta,” katanya.

Ketika ini Perak hanya mengumpul sembilan mata dari 12 perlawanan liga dengan merekodkan dua kemenangan, tiga seri dan tujuh kali kalah.

Abdul Azim tidak bersetuju dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa prestasi hambar Bos Gaurus berpunca daripada skuad itu yang dibarisi ramai pemain muda kurang berpengalaman.

“Kita nak kata semua (pemain) muda tak juga sebab kita ada pemain import dan pemain senior.

” Jadi sepatutnya kita kena pastikan mereka dapat bekerja sama dalam satu pasukan dan bukan 100 peratus bergantung tenaga pemain muda.

“Jadi nak katakan itu (faktor pemain muda) saya tak setuju. Keputusan ini perlu dibuat, sama ada salah atau betul kita hanya akan tahu penghujung tahun ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya