Sharmendran rangkul emas keempat karate

Sharmendran rangkul emas keempat karate

SHARMENDRAN menyumbangkan emas keempat skuad karate di Sukan SEA Kemboja sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Skuad karate negara membuktikan kewibawaan mereka di pentas Sukan SEA kali ini apabila R. Sharmendran meraih emas keempat menerusi acara bawah 75 kilogram (kg).

Dalam aksi final di Chroy Changvar Convention Centre Hall A sebentar tadi, Sharmendran menewaskan atlet tuan rumah Sot Panith dengan kiraan 6-5.

Untuk rekod, atlet kelahiranSelangor itu adalah juara dalam acara yang sama sejak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Atlet berumur 30 tahun itu menyasarkan untuk meraih emas keduanya pada temasya kali ini menerusi acara berpasukan yang akan berlangsung esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya