Safee Sali, Fabregas 'berentap' di Amerika Syarikat

Safee Sali, Fabregas ‘berentap’ di Amerika Syarikat

Safee Sali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penyerang berbisa negara, Safee Sali akan ke Amerika Syarikat (AS) bagi menyertai kejohanan The Soccer yang akan turut disertai kelab dan beberapa pemain ternama dunia antaranya Cesc Fabregas, Carlton Cole dan ramai lagi.

Safee menyifatkan pemilihan mewakili Far East United iaitu kelab dari Asia adalah satu penghargaan besar untuk dirinya dan juga Malaysia.

“Saya akan main dengan Far East United pada 1 hingga 4 Jun, di mana saya merupakan satu-satunya pemain dari Malaysia yang terpilih bermain di sana.

“Far East United adalah kelab daripada Asia yang akan beraksi di kejohanan tujuh sebelah.

“Saya rasa ini satu penghargaan tertinggi kerana sebagai pemain Malaysia macam saya terpilih untuk beraksi di sana. Saya bukan hanya bawa nama sendiri tetatpi juga nama Malaysia di Amerika Syarikat,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Senarai pasukan dalam lapan kumpulan yang akan bertanding di kejohanan The Soccer.

Pasukan Far East United telah diundi dalam saingan kumpulan D dan akan berentap dengan pasukan West Ham, Culture By Mo Ali FC dan Dallas United di The Scoccer Tournament.

Kejohanan yang disertai 32 pasukan daripada 8 kumpulan ini akan berlangsung pada 1 hingga 4 Jun 2023 dan bermain dengan format 7 sebelah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN