Ronaldo raikan jaringan dengan sujud syukur

Ronaldo raikan jaringan dengan sujud syukur

Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol kemenangan ketika berdepan Al Shabab dengan keputusan 3-2 dalam saingan Liga Arab Saudi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Penyerang prolifik Portugal, Cristiano Ronaldo melakukan perbuatan yang dianggap luar biasa ketika membantu pasukannya Al Nassr mencatatkan kemenangan ke atas Al Shabab dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan Liga Arab Saudi.

Penyerang berusia 38 tahun membuat sujud syukur selepas meledak gol ketiga pasukan pada minit ke 59 selepas melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Terdahulu, Al-Nassr ketinggalan 0-2 apabila Christian Guanca meledak menerusi sepakan penalti pada minit ke 25 dan satu lagi jaringan pada minit ke 40.

Bagaimanapun tuan rumah berjaya mengikat kedudukan menerusi Talisca pada minit ke 44 dan Abdulrahman Ghareeb pada minit ke 51 sebelum Ronaldo menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya.

Gaya keraian Ronaldo itu mendapat sambutan dan tepukan gemuruh daripada rakan sepasukannya selain turut menarik perhatian peminat seluruh dunia.

Ini disebabkan kelazimannya perbuatan melakukan sujud syukur itu dilakukan oleh pemain beragama Islam sebagai tanda bersyukur kepada yang Maha Esa.

Lebih menarik, Ronaldo juga turut menadah tangan untuk berdoa selepas melakukan sujud tersebut.

Kemenangan ini membuka jalan buat Al-Nassr yang kini mengumpul 63 mata untuk kembali mencabar pendahulu liga, Al-Ittihad yang hanya dibezakan dengan tiga mata sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN