Rifdean rangkul gelaran juara dunia buat kali ketiga

Rifdean rangkul gelaran juara dunia buat kali ketiga

ATLET Muaythai negara Mohd. Rifdean Masdor (kiri) dan Nur Amisha Azrilrizal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet Muaythai negara sekali lagi menggegarkan Kejohanan Muaythai Dunia apabila Juara Dunia dua kali, Mohd. Rifdean Masdor mempertahankan gelaran dunia yang dimenanginya pada 2022,

Biarpun terpaksa naik satu kategori berat kepada 51 kilogram (kg) kerana akan beraksi dalam sirkit pro dunia dalam kategori sama hujung bulan ini, ia bukan halangan untuk Mohd. Rifdean bergelar juara dunia.

Mohd. Rifdean membuktikan kewibawaannya apabila sekali lagi mengejutkan atlet pilihan yang juga peserta tuan rumah Thailand di pusingan awal manakala di final dia menewaskan atlet Uzbekistan dengan pungutan mata 30- 27.

Lebih menggembirakan, seorang lagi atlet Muaythai negara, Nur Amisha Azrilrizal turut mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan kali ini apabila berjaya menewaskan atlet pilihan dari Iran dengan keputusan 29-27.

“Nur Amisha yang memenangi pingat gangsa pada tahun 2021 dan pingat perak pada tahun 2022 akhirnya dapat menjadi juara dunia buat kali pertama selepas memberikan persembahan yang baik untuk tewaskan lawan yang lebih perpengalaman.

“Keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memasukkan acara wai kru dan mai muaythai dalam edisi Sukan Malaysia (SUKMA) juga mendapat pulangan apabila atlit disiplin Wai Kru dan Mai Muaythai negara menyumbang 3 pingat emas selepas bertarung selama beberapa hari sebelum ke pusingan akhir.

“Pasukan wai kru dan mai muaythai yang semuanya dari pemenang sukma 2022 dari kem SUKMA Sabah cemerlang diperingkat akhir. Yan Jia Chi cemerlang memungut mata tertinggi menewaskan peninju dari Filipina di pusingan akhir bagi acara wai kru wanita bawah U23.

“Dariss Muzzamiel Mahadi pula menewaskan atlit dari Hong Kong dengan pungutan mata tertinggi bagi kategori Wai Kru lelaki U23.

“Dariss Muzzamiel sekali lagi cemerlang selepas berpasangan dengan Asyraf Daniel apabila memungut mata tertinggi dalam disiplin Mai Muaythai untuk tewaskan pasangan dari Filipina untuk emas terakhir Malaysia di Kejohanan Muaythai Duniam,” kata Persatuan Muaythai Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, atlet pelapis Malaysia dari Perak, Muhammad Fadzmi Aiman juga memberikan persembahan baik dalam penyertaan kali pertama di kejohanan dunia selepas mengejutkan atlit Kazakhstan di peringkat suku akhir dan Morocco di peringkat separuh akhir sebelum terpaksa akur dengan peninju dari Uzbekistan diperingkat akhir dengan keputasan 27-30 untuk membawa pulang pingat Perak.

“Manakala atlet daripada Johor, Jesse Ethan Lal menyumbang pingat gangsa dalam kategori 48kg lelaki B-23. Turut membawa pulang pingat Perak pasangan Mai Muaythai negara Myra Arina Roslan dan Derora Dane Daniel David,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Muaythai Malaysia Datuk Shahnaz Azmi berkata, beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian atlit kali ini dan memuji semangat atlet yang tidak mudah mengalah biarpun berhadapan dengan peninju yang mempunyai fizikal lebih besar dan lebih berpengalaman.

“Secara keseluruhan skuad Muaythai negara menghantar 10 orang atlet berjaya membawa pulang lima emas, dua perak dan satu gangsa dari Kejohanan Muaythai Dunia 2023 yang berlangsung sejak 3 Mei lalu,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya