Napoli rangkul kejuaraan Serie A selepas 33 tahun

Napoli rangkul kejuaraan Serie A selepas 33 tahun

PENYOKONG Napoli menyerbu ke dalam padang untuk meraikan kejayaan Napoli bersama Victor Osimhen (tengah) ketika menentang Udinese.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UDINE, Itali: Napoli akhirnya menamatkan penantian panjang untuk merangkul kejuaraan Serie A, mengulangi pencapaian ikon kelab, Diego Maradona ketika saingan masih ada lima perlawanan untuk ditamatkan.

Keputusan seri 1-1 di Udinese awal pagi tadi memberikan Napoli mata yang diperlukan untuk mengakhiri penantian 33 tahun dan membawa kepada sambutan liar ribuan penyokong di Udine, di Stadio Maradona di Naples dan di sekitar bandar terbesar di selatan Itali itu.

Penyokong beramai-ramai ke padang di Arena Dacia untuk meraikannya musim yang dikuasai oleh pasukan Luciano Spalletti, mencetus ketegangan dengan penyokong tuan rumah yang tidak berpuas hati dengan pesta terbuka itu di padang mereka.

Victor Osimhen menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua untuk Napoli bangkit daripada ketinggalan hasil gol pembukaan Sandi Lovric pada babak pertama untuk mengikuti jejak langkah pasukan yang diketuai oleh Maradona yang memenangi liga pada 1987 dan 1990.

“Untuk dibandingkan dengannya, menjadi kapten selepas Maradona untuk menjulang Scudetto, saya tidak mempunyai kata-kata.

“Ini bukan gelaran saya, ia milik setiap pemain dan orang yang bekerja untuk merealisasikan impian kami,” kata kapten Giovanni Di Lorenzo.

Spalletti dan skuadnya akan menerima sambutan yang penuh emosi apabila mereka kembali ke Naples, di mana pesta seluruh bandar itu akan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya perlawanan di tempat sendiri menentang Fiorentina Ahad ini.

“Melihat orang Neapolitan gembira sudah cukup untuk memberikan anda rasa kegembiraan yang mereka rasai.

“Mereka ini akan melihat saat ini apabila hidup semakin sukar, mereka mempunyai hak untuk meraikan seperti ini. Anda berasa lebih santai kerana mengetahui bahawa anda memberi mereka kebahagiaan ini,” kata Spalletti sambil mengalirkan air mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN