Malaysia sasar 33 pingat emas di Sukan Para Asean Kemboja

Malaysia sasar 33 pingat emas di Sukan Para Asean Kemboja

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Noor Syahieda Mat Shah (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang simbolik kepada Majlis Penyerahan Bendera buat kontinjen negara yang akan berjuang di Sukan Para Asean Kemboja 2023. (Foto: ihsan Majlis Sukan Negara (MSN))
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontinjen Malaysia mengambil langkah berani dengan menetapkan sasaran 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa di Sukan Para Asean Kemboja yang akan berlangsung 3 hingga 9 Jun depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shariman Zaharudin ketika Upacara Penyerahan Jalur Gemilang di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Ia dianggap sasaran yang realistik mengambil kira jumlah penyertaan atlet yang lebih besar untuk edisi kali ini apabila Malaysia menyenaraikan sebanyak 114 orang atlet dan 84 orang pegawai.

Lebih menarik, kontinjen para negara berani meletakkan sasaran setinggi itu biarpun tanpa beberapa jaguh dunia seperti Mohamad Ridzuan Puzi, Datuk Abdul Latif Romly (olahraga), Jong Yee Khie (powerlifting) serta Cheah Liek Hou (badminton) yang tidak akan mengambil bahagian di temasya sukan dwitahunan ini.

Angeline Melissa Anak Lawas dari sukan boccia telah diberikan penghormatan untuk menjadi pembawa Jalur Gemilang ketika Upacara Perasmian Sukan Para Asean Kemboja yang akan dilangsukan di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh.

Malaysia juga mempertaruhkan Noor Syahieda Mat Shah sebagai Ketua Kontinjen Negara (CDM) wanita yang pertama ke Sukan Para Asean Kemboja 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.