Malaysia kandas di separuh akhir Piala Sudirman

Malaysia kandas di separuh akhir Piala Sudirman

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan badminton negara terkandas pada aksi separuh akhir Piala Sudirman selepas tewas 1-3 kepada Korea Selatan di Shuzou, China sebentar tadi.

Harapan untuk melihat mata pertama menerusi aksi beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak kesampaian apabila tewas 11-21 21-13 21-7 kepada pasangan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung def.

Tang Jie- Ee Wei bermula cemerlang pada set pertama namun, kehilangan rentak pada dua set berikut untuk menghadiahkan mata pertama kepada Korea Selatan.

Bagaimanapun, Malaysia berjaya mengikat kedudukan menjadi 1-1 selepas pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia mudah membenam cabaran Jeon Hyeok Jin 21-11 21-9.

Dalam aksi ketiga, Korea Selatan kembali berada dihadapan 2-1 selepas An Se Young yang juga pemain No.2 dunia berjaya menewaskan pemain perseorangan wanita negara, K. Letshanaa 21-10 21-13.

Harapan menggunung yang diletakkan kepada pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk kembali mengikat kedudukan buat Malaysia tidak menjadi kenyataan.

Aaron-Wooi Yik tumpas 21-12, 21-11 kepada Kim Wan Ho-Na Sung Seung sekali gus menyaksikan Korea Selatan mara ke final selepas mengesahkan kemenangan 1-3 ke atas Malaysia.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya