Kekalahan Manchester United menjengkelkan - Ten Hag

Kekalahan Manchester United menjengkelkan – Ten Hag

PEMAIN Manchester United kecewa selepas kalah kepada Brighton.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erik ten Hag berkata, kekalahan 1-0 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi amat ‘menjengkelkan’ dan mampu menjejaskan peluang Manchester United untuk memburu tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sepakan penalti wira Piala Dunia Argentina, Alexis Mac Allister pada minit kesembilan waktu kecederaan selepas bola didakwa terkena tangan Luke Shaw memberikan kekalahan kelapan buat Red Devils musim ini.

Kekalahan dramatik di Stadium Amex itu menyaksikan United yang menghuni tangga keempat gagal melebarkan jurang mata ke atas seteru utama, Liverpool dan hanya memiliki kelebihan empat mata dengan satu perlawanan dalam tangan.

Ten Hag berkata, pemainnya harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan yang berpunca daripada mereka.

Jurulatih dari Belanda itu kecewa pemain mensia-siakan banyak peluang pada babak pertama, termasuk  menerusi Antony, dan mereka juga berterima kasih kepada penjaga gol, David De Gea yang menafikan percubaan pemain sayap lawan, Kaoru Mitoma.

“Setiap kekalahan amat mengecewakan tetapi akhirnya apabila anda tewas di saat terakhir, sudah tentu ia sangat  menjengkelkan.

“Saya rasa minit pertama merumuskan segala-galanya. Kami mencipta peluang yang baik, kami tidak cukup klinikal, kemudian dalam serangan selepas kami melepaskan peluang besar.

“Dan akhirnya, kami juga memberikan gol dan itu menjengkelkan kerana jika anda tidak boleh menang kerana anda tidak menghabiskan peluang anda maka jangan kalah,” kata Ten Hag.

Dengan banyak yang dipertaruhkan dalam pertempuran untuk kelayakan Liga Juara-Juara, terjahan kasar Antony terhadap Mac Allister mencetuskan pergaduhan besar-besaran di babak kedua.

Kedua-dua pasukan masing-masing dilayangkan empat kad kuning sepanjang perlawanan yang panas itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya