Hasrat tulis buku sendiri kini tercapai - Shiha Zikir - Utusan Malaysia

Hasrat tulis buku sendiri kini tercapai – Shiha Zikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Shiha Zikir melangkah setapak lagi ke hadapan sebagai penulis buku berjudul ‘Mula’

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara, Shiha Zikir melakar satu lagi pencapaian apabila bakal tampil dengan buku pertamanya sebagai penulis yang memuatkan kisah perjalanan hidupnya dalam industri seni.

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 39, berkata, minatnya terhadap dunia pembacaan menjadi titik awal yang mendorong dirinya untuk menghasilkan sebuah karya itu.

“Alhamdulillah, daripada seorang yang gemar membaca buku dan kemudian berimpian untuk menulis buku sendiri, akhirnya hasrat itu tercapai. Rasa sebak kerana diberi peluang untuk menulis dan berkongsi perjalanan hidup serta pengalaman Shiha sepanjang berada dalam industri,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah anak didik legenda Allahyarham Datuk Sharifah Aini ini, buku tersebut bukan sekadar menghimpunkan pengalaman peribadi, malah lahir daripada keinginannya untuk berkongsi sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pembaca.

“Semoga setiap halaman dalam buku ini mampu menyentuh jiwa para pembaca. Saya juga berharap ia dapat memberi sedikit semangat kepada mereka yang sedang berada dalam fasa untuk ‘Mula’ semula.

“Terima kasih sekali lagi kepada seluruh pihak penerbitan. Kadang-kadang, satu kepercayaan kecil mampu mengubah seluruh perjalanan hidup seseorang,” katanya.

Terdahulu, Shiha memuat naik beberapa foto yang memperlihatkan buku berjudul Mula sambil meluahkan rasa syukur kerana berjaya merealisasikan impiannya untuk bergelar penulis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN