Jangan guna sukan untuk popular, bawa 'lari' duit

Jangan guna sukan untuk popular, bawa ‘lari’ duit

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Persatuan Bola Sepak Kedah di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar kelmarin. - IHSAN KFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jangan jadikan sukan tempat untuk membina pengaruh serta membawa ‘lari’ duit, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Muhammad Sanusi berkata, ada pihak yang aktif menyertai persatuan sukan dengan harapan untuk menjadi popular dan sering dipaparkan di televisyen sebelum terjun ke arena politik.

“Apabila saya diberi jawatan Presiden KFA selepas menjadi Menteri Besar, saya faham selok-belok persatuan, pengurusan pasukan. Bukan bola sepak saja tetapi pengurusan pasukan ini seakan sudah menjadi tempat untuk orang bina pengaruh dan bawa lari duit.

“Di KFA, saya sudah ‘matikan’ semua benda itu dan tutup ruang agar tidak lagi boleh ditembusi. Insya-Allah kita bebas dari semua itu dan tindakan menjadikan pasukan sebagai tempat bawa lari duit, sudah tak ada.

“Kita kunci rapat dan kalau siapa ‘gagah’ nak buat juga, kita akan buat laporan dan biarkan mereka ditangkap pihak berkuasa.

“Benda yang berlalu, biar tinggalkan jadi sejarah sebab ini masanya untuk kita melangkah ke depan. Dengan sokongan semua, insya Allah pengurusan KFA akan lebih berjaya pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka KFA di Dewan Seri Mentaloon di sini kelmarin.

Sementara itu Muhammad Sanusi memaklumkan, KFA sudah pun membeli sebuah bangunan bernilai RM1.2 juta di tengah-tengah bandar raya ini yang akan menjadi lambang kekuatan dan identiti mereka.

“Alhamdulillah menjelang 100 tahun penubuhan KFA tahun depan, Allah rezekikan kita memiliki sebuah bangunan milik penuh KFA di Jalan Stadium, Alor Setar.

“Bangunan dua setengah tingkat itu akan menjadi lokasi pentadbiran KFA serta lambang kekuatan dan identiti bola sepak di Kedah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya