Bangunan tempatkan pawagam lama di George Town terbakar

Bangunan tempatkan pawagam lama di George Town terbakar

BEBERAPA anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran di sebuah bangunan yang turut menempatkan pawagam lama di Jalan Penang, Pulau Pinang hari ini.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebuah bangunan yang turut menempatkan pawagam lama dilaporkan hampir musnah dalam satu kebakaran di Jalan Penang di sini, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima kira-kira pukul 8.50 malam sebelum sepasukan anggota bomba termasuk penyelia dikerah ke lokasi dengan menggunakan beberapa buah jentera.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati premis yang terbakar ialah satu unit kedai dua tingkat kelas A dengan tahap kemusnahan akibat kebakaran ketika itu telah mencecah 50 peratus.

“Ketika ini, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah bertindak menjalankan kerja-kerja pengawalan serta pemadaman api dengan dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

“Setakat ini juga, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum itu, beberapa keping gambar serta rakaman video mengenai kejadian tersebut tular di media sosial sehingga mengundang kerisauan orang ramai kerana keadaan api pada masa itu kelihatan begitu marak sekali.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN