Hayat 100 tahun Pafa akan tamat akhirnya?

Hayat 100 tahun Pafa akan tamat akhirnya?

KEMELUT dalaman Pafa masih belum berkesudahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hanya campur tangan Menteri Belia dan Sukan mampu menyelamatkan hayat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) daripada dibatalkan.

Persatuan tertua yang berusia 100 tahun lebih itu sudah dibatalkan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan ( PJS) baru- baru ini.

Bagaimanapun Pafa mempu­nyai masa dua minggu untuk me­rayu pembatalan berkuat kuasa pada 5 April itu.

Surat ditandatangani oleh Mohsinar Abdul Malek itu diterima pada 14 April lalu.

Begitupun hanya pegawai berjawatan tertinggi boleh mengemukakan rayuan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut sumber, hanya tiga individu boleh mengemukakan ra­yuan iaitu Datuk Mohamad Yadzan ­Mohamed, Datuk Irudianathan dan Abdul Aziz Yeop Jamaluddin kerana ­sebagai Naib Presiden Persatuan itu.

“Setakat ini hanya Aziz yang bersetuju membuat rayuan itu manakala dua lagi itu enggan, jadi kena tunggulah Aziz buat rayuan kepada Menteri Belia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu berkata, jika Aziz tidak mengemukakan rayuan maka berakhirlah riwayat ­persatuan yang memiliki warisan sejarah cemerlang dalam bola sepak tempatan.

“Sebaliknya apa yang akan berlaku ialah kemunculan sebuah ­entititi baharu mengendalikan sukan bola sepak Perak,” katanya.

Sebelum ini, Pafa digantung selama enam bulan oleh PJS berikutan kemelut yang melanda badan induk bola sepak itu pada 7 Mac 2022 lalu.

Ini berikutan wujud dua kumpulan yang mendakwa masing-masing sebagai jawatankuasa sah badan induk itu.

Di satu pihak Datuk Azhar ­Jamaluddin dilantik sebagai Pre­siden persatuan itu pada kongres 28 Mei, 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya