Hizbollah-Israel setuju henti pertempuran - Utusan Malaysia

Hizbollah-Israel setuju henti pertempuran

ISRAEL menyerang selatan Lubnan kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Isnin bahawa Israel dan Hizbollah telah bersetuju untuk menghentikan pertempuran dan menambah bahawa rundingan dengan Iran sedang bergerak pantas selepas kelihatan tergendala akibat operasi ketenteraan Israel di Lubnan.

Trump berkata beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan mengadakan panggilan yang disifatkannya sebagai sangat baik melalui wakil-wakil yang tidak dinamakan dengan kumpulan bersenjata Hizbollah.

Menurut Trump, Netanyahu bersetuju untuk membatalkan serangan ketenteraan ke atas Beirut.katanya, Hizbollah juga bersetuju bahawa semua tembakan akan dihentikan.

Namun, terdapat petanda baharu mengenai ketegangan antara AS dan Israel berhubung situasi di Asia Barat. Kedua-dua negara melancarkan operasi ketenteraan bersama terhadap Iran pada 28 Februari lalu.

Netanyahu pula dilihat menimbulkan keraguan terhadap sebarang gencatan senjata dengan Hizbollah, manakala laporan oleh Axios mendakwa Trump menggelar pemimpin Israel itu sebagai ‘gila’  dan menuduhnya membahayakan rundingan damai dengan Iran.

Kenyataan Trump dibuat selepas agensi berita Iran, Tasnim, melaporkan bahawa Teheran telah menggantung dialog dengan pihak pengantara sebagai bantahan terhadap perluasan operasi ketenteraan Israel di Lubnan yang menyasarkan sekutu Iran, Hizbollah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN