Hakim Danish catat keputusan positif pada sesi latihan

Hakim Danish catat keputusan positif pada sesi latihan

HAKIM DANISH bakal melakukan penampilan sulung pada European Talent Cup di Litar Estoril, Portugal, esok. - Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan prestasi positif menjelang penampilan sulungnya pada European Talent Cup, apabila mencatat keputusan positif pada sesi latihan bebas (FP) pertama dan kedua yang diadakan di Litar Estoril, Portugal, semalam.

Menjelang perlumbaan 1 dan 2 yang akan berlangsung, esok, Hakim berjaya melengkapkan sesi latihannya di kedudukan kelapan menerusi lakaran masa sepusingan 1 minit 47.900 saat pada FP1.

Dalam FP2 pula, pelumba berusia 16 tahun itu memperbaiki catatan masanya apabila mencipta 1:47.665s untuk berada di tangga keenam.

Hakim ketika ditemu bual selepas sesi latihan melahirkan rasa lega kerana perancangan yang diatur masih berjalan dengan lancar.

“Untuk FP1 saya tamatkan di posisi kelapan dan pada FP2 saya berada di kedudukan keenam.

“Saya bersama pasukan masih lagi bekerja keras mencari penyelarasan jentera terbaik untuk esok (hari ini) dalam sesi kelayakan,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh ZK Racing di sini, semalam.

Bagaimanapun, Hakim mengakui, dia masih belum berpuas hati dengan prestasi keseluruhan jenteranya kerana hanya beberapa pusingan berjaya dilakukan dengan catatan masa yang memberangsangkan.

“Saya akan terus berusaha untuk kelayakan nanti dan doakan saya buat yang terbaik,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.