Dikwan bakal tamatkan zaman bujang tahun ini

Dikwan bakal tamatkan zaman bujang tahun ini

MOHAMAD RIDZUAN PUZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
Atlet para negara, Mohamad Ridzuan Puzi antara perintis kepada kegemilangan skuad kontinjen Malaysia di pentas Sukan Paralimpik.
Ridzuan atau mesra disapa Dikwan yang beraksi dalam 100 meter T36 (cerebral palsy) meraih satu pingat emas pada Sukan Paralimpik Rio 2016, selain bergelar juara dunia 2015.
Kini di usia 35 tahun, Ridzuan bukan sahaja memasang impian untuk meraih emas dalam dua temasya utama tahun ini iaitu Sukan Para ASEAN Kemboja dan Para Asia Hangzhou tetapi atlet kelahiran Perlis itu juga
merancang untuk menamatkan zaman bujangnya.
Secara eksklusif Ridzuan berkongsi hasratnya itu kepada wartawan, ADAM ZAMRI dalam ruangan Tanya Je… minggu ini.

MOHAMAD RIDZUAN PUZI

Dengar cerita anda sudah ada buah hati?
Benar (sambil tersenyum), dan kali ini memang saya serius dan perancangannya untuk berkahwin sejurus tamat Sukan Para Asia Oktober depan.

Macam mana kenal si dia?
Saya mengenalinya menerusi rakan-rakan.

Boleh kongsi orangnya macam mana?
Saya tak mahu dedahkan lebih banyak tetapi cukup saya katakan dia boleh terima saya seadanya.

Bagaimana anda bahagikan masa dengan jadual yang padat tahun ini dengan perancangan untuk berkahwin?
Saya ada uruskan sikit-sikit bersama si dia, dan keluarga juga banyak membantu.

BERSAMA rakan-rakan seperjuangan.

Tema perkahwinan?
Biarlah rahsia, nanti saya akan umumkan butirannya (sambil gelak)

Boleh kongsikan sedikit persiapan anda untuk Sukan Para ASEAN Kemboja yang akan bermula 3 Jun depan?
Untuk Para ASEAN tahun ini, saya mungkin akan beraksi dalam dua acara tetapi salah satunya bukan acara pecut, sebaliknya acara lompat jauh bersama 100 meter pecut.

Mengapa lompat jauh dan bukannya acara pecut yang lain?
Lompat jauh bukanlah asing, sebab saya memang pernah beraksi acara ini dan pernah memenangi pingat emas ketika Sukan Para Asia 2014 Incheon.

Kalau tidak menghabiskan masa dengan rutin latihan, apa yang anda lakukan di waktu lapang?
Saya gilakan kereta ‘sport’, kalau ada masa, saya akan tonton Youtube melihat kereta-kereta berkuasa tinggi, malah saya sendiri ada sebuah kereta ‘sport’, Mitsubishi Lancer.

Pernah bawa sesiapa dengan kereta itu?
Saya pernah ajak rakan sepa­sukan tumpang balik ke Kg. ­Pandan selepas selesai sesi latihan tetapi mereka jarang me­nerima pelawaan saya, katanya takut sebab saya bawa laju (sambil gelak).

Boleh kongsikan apa lagi yang ingin dicapai dalam karier?
Kalau boleh saya mahu menang pingat emas semula di Paris 2024 sebab ketika di Tok­yo 2020, saya terlepas dan pulang dengan tangan kosong. Ketika itu saya akui, saya sangat sedih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×