Aaron-Wooi Yik mengesahkan tempat ke suku akhir

Aaron-Wooi Yik mengesahkan tempat ke suku akhir

AARON Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Jepun 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buat peminat badminton tanah air, hari ini merupakan hari yang gembira buat mereka apabila menyaksikan tiga beregu Malaysia mara ke suku akhir, dengan, juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi pasangan terbaharu berjaya berbuat demikian pada Malaysia Masters.

Pada kejohanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, beregu No. 2 dunia itu mengambil masa selama 38 minit untuk mengetepikan cabaran gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho menerusi kemenangan straight set 21-19, 21-14.

Sebelum Aaron dan Wooi Yik mengesahkan kemaraan mereka, dua beregu Malaysia iaitu Pearly Tan-M. Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun telahpun menjejakkan kaki ke peringkat lapan terbaik.

Wooi Yik ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir berkata, aksi set pertama berlangsung sengit dan peluang kedua-dua pasukan boleh dikatakan seimbang.

“Siapa sahaja yang menang dalam set pertama, akan memberi kelebihan untuk aksi set berikutnya, sebab itu, perlawanan tersebut boleh saya katakan peluang 50-50 dan ia berlangsung sengit,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu berharap, dia dan Aaron dapat mengekalkan momentum apabila turun beraksi pada suku akhir, esok.

Sementara itu, bagi Aaron pula, fokus dalam setiap perlawanan itu penting, selagi lawan masih berpeluang untuk menang dan pertemuan itu belum berakhir, selagi itulah fokus perlu diberikan di dalam gelanggang.

“Macam minggu lalu, perlawanan antara Jepun menentang China pada Piala Sudirman, lawan boleh sentiasa mengejar balik, kita kena sentiasa ingat dan fokus sampai permainan habis,” tegasnya.

Pada suku akhir, Aaron-Wooi Yik akan bertemu sama ada beregu China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong atau Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia yang masih belum turun ke gelanggang ketika berita ini ditulis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya