United berputih mata di London selepas diikat seri

United berputih mata di London selepas diikat seri

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford meraikan jaringan kedua pasukannya ketika menentang Tottenham Hotspur di London awal pagi tadi. (Foto: Manchester United)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United terpaksa berputih mata apabila diikat seri 2-2 oleh Tottenham Hotspurs dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspurs awal pagi tadi.

Pasukan pelawat bermula dengan baik apabila mendahului seawal minit ketujuh apabila Jadon Sancho melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Tottenham Hotspurs, Fraser Forster.

Marcus Rashford memastikan United semakin selesa menuju ke penamat aksi separuh masa pertama apabila meledak gol kedua pelawat pada minit ke 44 setelah menerima umpanan jauh dari Bruno Fernandes.

Bagaimanapun Tottenham yang kini dikendalikan oleh pengurus sementara, Ryan Mason memperkemaskan strategi pasukan dan ia berhasil apabila Pedro Porro berjaya memanfaatkan kekalutan yang berlaku dalam kawasan penalti United untuk merapatkan jurang menjadi 2-1.

Gol tersebut ternyata menyemarakkan lagi semangat pasukan tuan rumah untuk menambah jaringan, dan ayam tambatan mereka, Son Heung-Min berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 setelah menerima hantaran daripada Harry Kane.

Kedudukan seri itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan United kembali jatuh tangga keempat liga dengan 60 mata di belakang Newcastle United.

Tottenham pula berkongsi pungutan 54 mata dengan Aston Villa, namun perbezaan jaringan meletakkan pasukan London itu menghuni tangga kelima dengan persaingan sengit untuk memburu tiket automatik ke Liga Europa musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya