Terengganu bergaya mara ke suku akhir Piala FA, benam Melaka FC 4-0  - Utusan Malaysia

Terengganu bergaya mara ke suku akhir Piala FA, benam Melaka FC 4-0 

IVAN Mamut (depan) meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama ketika bertemu Melaka FC pada saingan Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) mara ke suku akhir Piala FA selepas membenam Melaka FC 4-0 dalam pusingan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Finalis musim itu mendahului ketika aksi baru memasuki minit kelima melalui Ivan Mamut yang melepasi kawalan pemain lawan sebelum melakukan sepakan leret dari jarak dekat.

Jaringan itu menaikkan semangat TFC menyaksikan voli menarik Jordan Mintah sedikit tersasar ke sebelah tepi ketika penjaga gol, Daniel Wafiuddin Sa’dun sudah tertewas pada minit ke-13.

Sang Penyu dihidangkan peluang terbaik berpunca sepakan sudut Arif Fadzillah Abu Bakar minit ke-56 namun tandukan padu Safwan Mazlan ditepis Daniel Wafiuddin.

Kem TFC nyaris dikejutkan pelawat mujur penjaga gol, Rahadiazli Rahalim (m-61) cemerlang menafikan sepakan percuma Shafiq Al-Hafiz Dawawi dari sudut sukar untuk kedudukan kekal 1-0.

Pemain sayap, Hakimi Abdullah kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-71 apabila menyambar umpanan Mintah sekaligus menewaskan Daniel Wafiuddin buat kali kedua.

Lapan minit sebelum permainan tamat, giliran Mintah muncul penjaring gol TFC selepas menggelecek penjaga gol lawan untuk mudah menolak masuk bola ke pintu gol yang terbuka luas.

Mintah melengkapkan kemenangan 4-0 ke atas wakil Liga M3 itu apabila menyudahkan umpanan Engku Nur Shakir Engku Yacob dalam masa kecederaan untuk bertemu Kelantan FC di suku akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya