Sukan SEA semakin hampir, Elavarasan belum ada bayangan skuad

Sukan SEA semakin hampir, Elavarasan belum ada bayangan skuad

E. Elavarasan (tengah) hanya akan memuktamadkan pemain yang hendak dibawa ke Kemboja, Selasa ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun hanya tinggal tiga hari sebelum membuka kempen Sukan SEA 2023, pengendali skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara, E. Elavarasan belum mempunyai bayangan pasukan yang akan dibawa ke Phnom Penh, Kemboja.

Malaysia diletak dalam kumpulan ‘maut’, Kumpulan B bersama Thailand, Vietnam, Laos dan Singapura.

Mereka akan membuka kempen dengan menentang Laos, Rabu depan, disusuli Thailand pada Sabtu, Vietnam 8 Mei sebelum menutup saingan bertemu Singapura (11 Mei).

“Belum ada… masih awal lagi dan saya tidak mempunyai gambaran tentang itu.

“Hari ini (semalam) hari pertama kita kumpulkan skuad dan ada pemain yang semalam ada perlawanan datang hari ini dalam proses recovery (pemulihan) tapi sekurang-kurangnya bagus kita dapat kumpulkan pemain-pemain ini.

“Cuma kita tidak dapat pemain seperti Luqman Hakim (Shamsudin) dan Nooa Laine. Kita masih kekalkan skuad yang kita guna masa Piala Merlion baru-baru ini dan kita tambah Mukhairi Ajmal dan dua tiga pemain baru,” katanya ketika ditemui pada  latihan pasukan di Wisma FAM semalam.

Kata Elavarasan, beliau hanya akan memuktamadkan 20 daripada 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat  sebelum berlepas ke Kemboja pada Selasa ini.

Beliau bagaimanapun berpuas hati kerana kebanyakan pemain yang dipanggil telah melaporkan diri dalam kem latihan pusat.

Jika berjaya melepasi peringkat kumpulan, Malaysia akan beraksi di separuh akhir pada 13 Mei, manakala final serta penentuan tempat ketiga dan keempat berlangsung pada 16 Mei.

Kali terakhir Malaysia merangkul pingat emas adalah pada edisi 2011 di Jakarta, apabila menundukkan tuan rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya