Sudah 7 hari berlalu, tiada siapa nak beli Kelantan FC

Sudah 7 hari berlalu, tiada siapa nak beli Kelantan FC

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dengan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman lebih dua jam kelmarin. – IHSAN ZAMSAHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, sudah seminggu selepas beliau menyatakan ke­sediaan menjual The Red Warriors (TRW), namun tiada siapa tampil untuk mengeluarkan wang membeli kelab berkenaan.

Norizam yang berdepan desakan penyokong yang mahu beliau melepaskan TRW ekoran prestasi terumbang am­bing pasukan, selain kontroversi melibatkan bekas jurulatih, Choi Moon-sik bagaimanapun mendapat semangat baharu selepas bertemu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kata Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, dalam pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) di Royal Johor Club, Istana Pelangi itu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut turut menghadiahkan dua ekor kuda sempena ulang tahun kelahirannya kelmarin.

“Genap sudah tujuh hari, yang bercakap dan komen (ramai mahu beli Kelantan FC), tetapi sayangnya tiada seorang pun nak ambil risiko, keluar duit atau pendek cerita ambil alih sepenuhnya A-Z Kelab TRW Kelantan FC daripada saya.

“Maka,selepas berjumpa dengan DYMM TMJ semalam, saya dapat semangat baharu, inspirasi untuk terus menerajui kelab ini dan buat yang terbaik. Mungkin tidak sekelip mata tapi berperingkat dan berfasa,” katanya.

Kata Norizam, dalam pertemuan selama dua jam itu, beliau dan Tunku Ismail turut berbincang mengenai bola sepak, di mana JDT mungkin meminjamkan pemain kepada Kelantan FC.

Beberapa nama menjadi sebutan seperti Ramadhan Saifullah dan Mohamadou Sumareh atau mereka yang kurang mendapat minit permainan bersama Harimau Selatan.

“Tarikh ini 17 April 2023 dan pertemuan ini saya akan ingat sampai bila-bila selepas dihadiahkan dua ekor kuda milik Tunku.

“Asalnya Tunku nak bagi tiga ekor sebenarnya, begitulah pemurahnya Tunku Mahkota Johor sebenarnya,” kata Norizam.

Selepas mengharungi lapan perlawanan Liga Super, Kelantan FC menghuni tangga kedua ­tercorot dengan hanya menang sekali dan seri sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN