Skuad bola sepak wanita B-17 ratah Kepulauan Mariana Utara

Skuad bola sepak wanita B-17 ratah Kepulauan Mariana Utara

Pneyerang Bawah 17 tahun wanita negara, Rocillyeka Lole meledak lima gol untuk Malayan Tigress. ketika menentang Kepulauan Mariana Utara dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Asia Wanita Bawah 17 tahun di Buriram, Thailand. (Foto: Ihsan FAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURIRAM, Thailand: Skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun negara memulakan kempen kelayakan Piala Asia dengan cemerlang apabila menjadikan Kepulauan Mariana Utara sebagai mangsa belasahan dalam aksi yang berlangsung di Stadium Buriram City sebentar tadi.

Pesta gol barisan anak buah Petronella Downy bermula seawal minit ke 11 menerusi ledakan daripada penyerang Sabah, Rocillyeka Lole.

Kepulauan Mariana Utara kembali menyamakan kedudukan menjadi 1-1 apabila Kaithlyn Chavez berjaya menewaskan penjaga gol negara, Daliea Eliesa Mohd Hafiz pada minit ke-29.

Rocillyeka tidak menunggu lama untuk memastikan skuad negara membawa kelebihan menuju ke waktu rehat apabila meledak pada minit 35.

Skuad Malayan Tigress semakin mengganas di separuh masa kedua, terutama Rocillyeka yang terus merobek gawang lawan dengan menambah tiga lagi gol, masing masing pada minit ke 79, 83 dan 89 untuk menjadikan kedudukan 5-1.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus meletakkan Malaysia di tangga kedua kumpulan dengan mengutip tiga mata.

Malaysia bakal membuat perhitungan dengan Thailand pada 30 April bagi penentuan untuk layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 pada September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya