PGA pantau 91 stesen minyak berisiko berlaku ketirisan bahan api

PGA pantau 36 stesen minyak berisiko tinggi berlaku ketirisan bahan api

FISOL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan bagi melakukan penugasan dan pemantauan di 36 buah stesen minyak yang telah dikenal pasti sebagai lokasi panas berisiko tinggi berlakunya ketirisan bahan api bersubsidi khususnya di kawasan berhampiran sempadan negara.

Selain itu, sebanyak 55 buah lagi dikenal pasti sebagai kawasan berisiko menjadikan keseluruhan 91 stesen minyak kini berada dalam pemantauan rapi pihak berkuasa.

Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Fisol Salleh, berkata, langkah itu dilaksanakan PGA bersama anggota polis kontinjen di stesen minyak yang dikenal pasti itu.

Selain itu, terdapat 55 buah lagi stesen minyak yang turut dikenal pasti sebagai berisiko turut berada dalam pemantauan rapi pihak berkuasa.

“Penugasan ini mula dilaksanakan pada pukul 6 pagi tadi membabitkan enam buah negeri sempadan iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Penugasan dijalankan secara syif dengan kehadiran pegawai serta anggota PGA bersama elemen pengoperasian kontinjen bagi memastikan kawalan berterusan dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tumpuan diberikan kepada stesen minyak yang beroperasi antara pukul 6.30 pagi hingga 11.30 malam yang dikenal pasti sebagai waktu puncak urus niaga dan berpotensi tinggi berlaku aktiviti penyelewengan.

Katanya lag, bagi stesen yang beroperasi 24 jam pemantauan dan penugasan dilaksanakan secara berterusan sepanjang masa.

“Langkah ini sebahagian usaha bersepadu PDRM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memperkukuh kawalan serta penguatkuasaan di kawasan sempadan.

“Ia bagi memastikan penyaluran bahan api bersubsidi kepada golongan layak selain mengelakkan ketirisan yang boleh menjejaskan kepentingan negara,”jelasnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN