Perancis larang hentikan perlawanan untuk berbuka

Perancis larang hentikan perlawanan untuk berbuka

Persekutuan Bola Sepak Perancis melarang pengadil menghentikan perlawanan untuk membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Berbeza dengan pendekatan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mengarahkan pengadil menghentikan perlawanan seketika bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa, Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) melarang perkara itu berlaku dalam Ligue 1.

Menurut media tempatan, FFF menghantar notis pemakluman menerusi email kepada semua pengadil bola sepak negara itu bahawa menghentikan perlawanan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan tiada dalam peraturan mereka.

Menurut portal berita Arab News, FFF mendakwa, permainan akan terganggu sekiranya pe­ngadil memberhentikan perlawanan dan membenarkan pemain berbuka puasa.

“Ideanya ialah ada masa adalah segala-galanya. Masa untuk bersukan, masa untuk mengamalkan agama masing-masing,” kata Ketua Suruhanjaya Pengadil FFF, Eric Borghini.

Kata Borghini, beliau difahamkan terdapat beberapa perlawanan peringkat amatur dihentikan bagi membenarkan pemain berbuka puasa bagi memulihkan semula tenaga mereka.

Pengecualian itu tegasnya tidak dibenarkan dalam peraturan termasuk syarat menghormati prinsip sekularisme dalam sukan bola sepak.

Andai Perancis membenarkan perlawanan bola sepak dihentikan sementara pada waktu berbuka puasa sekalipun, Borghini menegaskan

‘tiada siapa peduli apa dilakukan mereka’.

“Ini kerana kita bukan berada di negara Islam. Kamu harus menerima (peraturan dan ketetapan) di negara yang kamu sendiri pilih untuk tinggal,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya