Newcastle unggul benam United di laman sendiri

Newcastle unggul benam United di laman sendiri

Penyerang Newcastle United, Alexander Isak cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez dalam aksi Liga Perdana di St. James Park. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Pasukan kendalian Eddie Howe kini boleh mendabik dada selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik Liga Perdana Inggeris apabila membenam cabaran Manchester United dengan keputusan 2-0 sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di St. James Park menyaksikan tuan rumah lebih agresif untuk memburu jaringan, dan mereka seharusnya menutup babak pertama dengan gol pendahuluan dari Joe Willock pada minit ke 40, namun rembatannya melepasi palang gol.

Newcastle kembali menyusun strategi mereka pada separuh masa kedua, dan usaha mereka berhasil apabila Willock tidak lagi mensia-siakan peluang untuk menanduk bola ke gawang United pada minit ke 60 selepas menerima hantaran daripada Allan Saint-Maximin untuk medahului 1-0.

Gol tersebut ternyata memberi tamparan buat anak buah Erik ten Hag dan mereka mula meningkatkan asakan ke kubu Magpies.

Bagaimanapun kealpaan pada minit akhir perlawanan sekali lagi menghukum mereka apabila pemain gantian, Callum Wilson meledak gol keduan tuan rumah pada minit ke 88, sekaligus memberikan kemenangan mutlak buat Newcastle di laman sendiri.

Keputusan itu meletakkan Newcastle kini memintas United di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.

Biarpun kedua-dua terikat dengan 50 mata, namun Newcastle memiliki kelebihan jaringan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya