Masalah komunikasi faktor Moon Sik direhatkan

Masalah komunikasi faktor Moon Sik direhatkan

NORIZAM Tukiman bersediakan melepaskan Kelantan FC asalkan pembeli baharu itu menunjukkan proof of fund bagi menjamin masa depan kelab itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menyangkal dakwaan beliau campur tangan dalam menentukan barisan pemain yang beraksi pada setiap perlawanan sebagaimana didedahkan oleh Jeong Myeongho, ejen kepada jurulatih The Red Warriors (TRW), Choi Moon Sik.

Norizam menegaskan, masa­lah komunikasi Moon Sik faktor utama jurulatih dari Korea Selatan itu direhatkan, selain tidak menerima laporan prestasi.

Begitupun katanya, ada masa beliau akan meminta untuk memasukan atau mengeluarkan pemain-pemain yang dirasakan perlu atas nasihat pasukan kejurulatihan.

“Tadi ada wartawan tanya saya, benarkah rehatkan Coach Choi?

“Ya benar, saya buat keputusan merehatkan Choi selepas kekalahan berterusan dan kesukaran komunikasi antara pemain dan jurulatih, selain tiada laporan prestasi daripada Ketua Jurulatih.

CHOI MOON SIK

“Mengenai cadangan, kalau selaku pemilik, cadangan saya yang satu peratus ini tidak boleh diterima… baik saya jangan jadi pemilik.

“Saya juga tidak mahu ketua jurulatih besar kepala sehingga langsung tidak mahu me­ndengar pandangan daripada teknikal, pengarah sukan dan barisan kejurulatihan yang lain,” katanya.

Kata Zamsaham, matlamatnya adalah satu iaitu mahukan kemenangan dan ia merupakan sesuatu yang mudah.

Katanya, jika kemenangan berterusan diberikan beliau tidak akan menganggu pasukan kerana mempunyai banyak komitmen lain.

“Tapi kalau dah kalah teruk takkan saya nak biarkan habis sehingga menjadi lebih teruk. Saya kena campur tangan sebab takda pemilik yang mahu pasukannya kalah dan terus jadi ‘lauk’. Semua ada tertulis dan kontrak sebelum pegang jawatan ketua jurulatih.

“Ketua jurulatih datang dan pergi. Bila menang dia mengaku semua kejayaan. Bila masalah, senangnya angkat kaki. Macam biasa saya juga yang menghadap bila ada masalah dan isu besar,” ujarnya.

FRANK BERNHARDT 

Ketika ditanya benarkah Frank Bernhardt akan menjadi ketua jurulatuh baharu, beliau mempunyai dua pilihan sama ada mengambil jurulatih tempatan atau import.

Beliau mengakui berlaku kelewatan dalam pembayaran gaji dan ia hanya melibatkan tempoh singkat antara seminggu hingga dua minggu sahaja.

“Tapi kalau ada kata berbulan-bulan tak dapat gaji itu adalah fitnah. Alhamdulillah…semua pemain ada akses ke saya, mereka boleh menelefon saya pada bila-bila masa.

“Ramai sahaja yang pinjam duit saya bila mereka terdesak seperti kereta rosak atau nak pakai keperluan keluarga. Saya bantu dan ambik berat.Kelab Kelantan bukan kelab mewah tapi kita ambik tahu dan ambik berat semua keperluan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya