KL City turunkan pasukan kedua jumpa Imigresen FC

KL City turunkan pasukan kedua jumpa Imigresen FC

PEMAIN Kuala Lumpur City meraikan jaringan Sebastian Avanzini ketika menentang Perak Fc dalama aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) , Bojan Hodak memberi bayangan akan menurunkan skuad kedua ketika melayankan kunjungan Imigresen FC pada Jumaat ini dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Jurulatih dari Croatia itu berkata, perlawanan berkenaan sesuai untuk pemain yang jarang mempunyai minit permainan kerana mereka akan memandang serius pasukan lawan namun, keputusan itu bukan bermakna dia memperkecilkan kemampuan Imigresen FC.

“Perlawanan seperti ini adalah teruk kerana pemain akan anggap ia mudah, kerana itulah Piala FA terkenal dengan kejutan. Jadi mungkin bagus jika saya letakkan pemain yang jarang bermain kerana mereka akan ambil serius perlawanan seperti ini.

“Kami pada musim ini mempunyai pemain yang ‘squad depth’ yang lebih baik berbanding musim lalu dan boleh menggantikan pemain utama dengan pemain simpanan pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Perak FC semalam.

BOJAN HODAK

Menurut Hodak, kesempatan itu akan menjadi peluang terbaik buat pemain-pemain yang jarang diturunkan musim ini untuk membuktikan kemampuan mereka ketika diberikan kepercayaan untuk menggalas harapan pasukan.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Perak FC yang menyaksikan pasukannya menang 1-0, Hodak berkata, dia sudah menjangka akan menerima tentangan sengit oleh barisan pemain muda bimbingan Datuk Lim Teong Kim.

“Saya tidak gembira dengan persembahan kami pada malam ini tetapi saya memang sudah jangkakan tidak mudah menentang pasukan Perak yang dibarisi ramai pemain muda,” katanya yang turut mengakui kejayaan mengutip tiga mata sangat penting.

Kemenangan itu menyaksikan KL City FC mencatatkan dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas berjaya mengejutkan Sabah FC 2-0 pada minggu lalu sekali gus menunjukkan mereka kembali bangkit selepas permulaan hambar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN