Lelaki curi kabel ditahan, miliki 17 rekod jenayah

Lelaki curi kabel ditahan, miliki 17 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kes cubaan mencuri kabel di kawasan Sungai Lalang, Semenyih dekat sini, awal pagi kelmarin.

Penahanan suspek berusia 31 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi semalam di sekitar Semenyih.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek ditahan bersama sebuah motosikal
yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai 17 rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek direman empat hari bermula semalam hingga Selasa depan bagi membantu siasatan lanjut.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat masih giat dijalankan,” jelasnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan A. Vaelmurgan di talian 019-611 1660 atau balai polis berhampiran.

Terdahulu, polis memaklumkan sedang giat memburu beberapa individu disyaki terlibat dalam cubaan mencuri kabel di Sungai Lalang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN