Polis tahan lelaki bergaduh di Tol Sungai Long

Polis tahan lelaki bergaduh di Tol Sungai Long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang selepas terlibat dalam kejadian pergaduhan di kawasan Tol Sungai Long, Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) menghala ke Balakong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam, semalam.

“Suspek yang bekerja swasta dan mempunyai satu rekod jenayah lampau telah direman selama tiga hari hingga esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak kurang setahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

Naazron meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-974 0758 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan pergaduhan membabitkan dua individu dengan salah seorang daripadanya memegang objek disyaki kayu kira-kira pukul 9.08 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN