Kelantan FC umum Bernhardt ganti Moon-sik

Kelantan FC umum Bernhardt ganti Moon-sik

FRANK Bernhardt (kanan) diumum sebagai jurulatih baharu The Red Warriors (TRW) bagi menggantikan Choi Moon-sik.-UTUSAN/IHSAN KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC hari ini secara rasmi mengumumkan pengarah teknikalnya Frank Bernhardt sebagai jurulatih baharu The Red Warriors (TRW) bagi menggantikan Choi Moon-sik.

Menurut satu kenyataan ringkas daripada Kelantan FC, pihaknya berharap pelantikan itu dapat memacu dan membantu The Red Warriors (TRW) ke arah lebih baik.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu Bernhardt dilantik sebagai pengarah teknikal Kelantan FC.

Bernhardt yang berasal dari Kiel, Jerman menggalas tanggungjawab itu menggantikan tugas Nasir Yusuf.

Kelantan FC pada Selasa lalu mengambil tindakan drastik dengan merehatkan Moon-sik beberapa jam sebelum perlawanan saingan Liga Super menentang skuad Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

TRW kemudiannya mengumumkan penolong ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya dilantik sebagai pemangku jurulatih bagi menggantikan Moon-sik.

Berdasarkan rekod, Kelantan FC hanya meraih satu kemenangan, satu seri dan empat kekalahan sepanjang enam perlawanan saingan Liga Super musim ini di bawah kendalian Moon-sik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya