JDT tetap waspada ancaman PDRM

JDT tetap waspada ancaman PDRM

PEMAIN JDT menjalani latihan malam tadi menjelang pertemuan menentang PDRM FC pada pusingan kedua Piala FA malam esok. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak akan memandang rendah keupayaan PDRM FC apabila bertemu pada aksi saingan Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.

Walaupun di atas kertas, skuad Harimau Selatan jauh lebih handal dan berada pada tahap terbaik ketika ini, namun ketua jurulatihnya, Esteban Solari enggan pemainnya terlalu yakin.

Menurutnya, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan PDRM FC telah membuktikan keupayaannya dengan menyingkirkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum ini.

“Kami tahu, PDRM FC merupakan pasukan yang ada kekuatan tersendiri, mereka mengejutkan pasukan kuat seperti Kedah. Jika tidak kuat, mereka tidak mampu untuk menewaskan Kedah.

“Pastinya mereka telah merencana sesuatu bagi mengejutkan kami nanti. Jadi, kami perlu berwaspada dan setiap pasukan akan menggandakan usaha ketika berdepan JDT.

“Justeru, saya menuntut pemain untuk memberikan yang terbaik dan meneruskan rentak kemenangan apabila berdepan PDRM FC bagi saingan kalah mati Piala FA ini,” katanya.

Dalam pada itu, Solari berkata, skuad Harimau Selatan telah menjalani persiapan rapi menjelang aksi berkenaan dan semua pemain bersemangat untuk diturunkan pada aksi terakhir ini sebelum Liga Malaysia berehat panjang.

“Mereka tahu kita mempunyai misi untuk mempertahankan kejuaraan ini.

“Sesiapapun yang diturunkan nanti, saya percaya mereka akan memberikan persembahan terbaik kerana perlawanan ini penting dan JDT perlu melangkah lebih jauh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya