Hayat 100 tahun Pafa bakal berkubur?

Hayat 100 tahun Pafa bakal berkubur?

KEMELUT dalaman Pafa masih belum berkesudahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hayat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mungkin tidak panjang kerana mungkin dibubarkan oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) tidak lama lagi.

Kecuali menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut dalaman dihadapi, persatuan bola sepak tertua berusia lebih 100 tahun itu akan berkubur.

Setakat ini pihak yang bertelagah belum mencapai kata sepakat tentang tarikh bagi mengadakan kongres tahunan seperti yang dikehendaki oleh PJS.

Tindakan untuk membubarkan Pafa dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah ketika menghubungi badan sukan itu baru-baru ini.

“PJS sudah beri cukup masa dan tempoh bagi Pafa mengadakan kongres tahunan itu tetapi sehingga kini mereka belum melaksanakannya.

“Jadi saya bimbang tindakan membubarkan itu dilaksanakan menyebabkan persatuan itu rugi.

“Jika ini berlaku bermakna Pafa hilang segala aset dan Perak terpaksa tubuh persatuan baharu.

“Semuanya akan baharu terutama pemegang jawatannya. Orang lama tidak boleh pegang jawatan selama dua penggal,” kata Khairudin.

Penguatkuasa Sukan itu sebelum ini menolak tindakan ke­dua-dua kumpulan bertelagah itu mengadakan mesyuarat agung tahunan kerana tidak mengikut peraturan dan perlembagaan persatuan.

Berikutan itu PJS memberi peluang kepada Pafa mengadakan perbincangan antara pihak yang bertelagah iaitu 11 ahli gabungan serta tiga Naib Presidennya berdamai.

Difahamkan salah seorang Naib Presiden sudah bersetuju untuk berkompromi demi menyelamatkan masa hadapan persatuan itu tetapi bimbang tidak direstui dua lagi rakannya itu.

“Memang saya tidak nampak jalan penyelesaian perkara ini, jadi kita tunggu dan lihat sahajalah apa tindakan PJS nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya