Al Hilal ‘pancing’ Messi RM1.9 bilion

Al Hilal ‘pancing’ Messi RM1.9 bilion

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lionel Messi ditawarkan 350 juta pound (RM1.9 bilion) setahun untuk menyertai Al Hilal, iaitu kelab yang merupakan musuh ketat pasukan Cristiano Ronaldo, Al Nassr dalam Liga Pro Saudi.

Kontrak Messi bersama Pa­ris Saint-Germain (PSG) tamat penghujung musim ini, dengan gergasi Perancis itu dikatakan bersedia melepaskan pemenang Ballon d’Or tujuh kali tersebut untuk menjadi ejen bebas.

Pada masa sama, Messi turut dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Miami dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS), selain kepulangan penuh emosi ke Barcelona.

Bagaimanapun, dia kini mempunyai pilihan ketiga yang mungkin menantinya di Asia Barat.

Menurut pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano, Al Hilal telah menghantar tawaran rasmi kepada Messi de­ngan kontrak bernilai 350 juta pound setahun, hampir sekali ganda daripada 173 pound (RM949 juta) setahun yang dibayar Al Nassr kepada Ronaldo.

Ronaldo berpindah ke Arab Saudi selepas kontraknya di Manchester Uni­ted ditamatkan, namun nasibnya berubah menjadi ahli sukan yang menerima bayaran ter­tinggi dalam sejarah ketika berpindah ke Al Nassr.

Ronaldo, 38, menyumbang sembilan gol dan dua bantuan dalam lapan penampilan Liga Pro Saudi bagi pasukan kendalian Rudi Garcia.

Bagaimanapun, Messi, 35, tidak akan menyertai Al Hilal kerana ­keutamaannya adalah meneruskan kerjaya di Eropah.

Sebelum ini, ketua pasukan Argentina tersebut nampak berminat melanjutkan perjanjian di ibu negara Perancis itu.

Begitupun, keadaan menjadi sangat suram apabila dia diejek oleh penyokong sendiri ketika PSG kalah 0-1 kepada Lyon di tempat sendiri, Sabtu lalu.

Selain itu, portal sukan Perancis, RMC Sport melaporkan, PSG tidak berminat untuk mengekalkan Messi kerana harganya yang mahal dan usianya yang banyak.

Walaupun dia telah me­nyum­bang 13 gol dan 13 bantuan dalam 27 penampilan Ligue 1, PSG tersingkir daripada Liga Juara-Juara Bayern Munich pada pe­ringkat Pu­singan 16. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya