Shah Firdaus raih perak Piala Negara-Negara

Shah Firdaus raih perak Piala Negara-Negara

SHAH FIRDAUS SAHROM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tanpa Datuk Azizulhasni Awang, Jalur Gemilang tetap berkibar di Kaherah, Mesir selepas Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencipta sensasi meraih pingat perak keirin Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), awal pagi tadi.

Shah Firdaus, 28, menjadi pelumba Malaysia kedua meraih pingat dalam kejohanan itu tahun ini selepas Azizulhasni.

Azizulhasni yang menarik diri daripada perlumbaan di Mesir atas nasihat doktor sebelum ini meraih perak keirin pada aksi pembukaan Piala Negara-Negara di Jakarta bulan lalu.

Perlumbaan ketiga dan terakhir akan berlangsung di Milton, Kanada dari 20 hingga 23 April.

Shah Firdaus yang meraih gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022, menamatkan saingan di tempat kedua dengan perbezaan masa +0.057 saat (s) di belakang pelumba Jepun, Shinji Nakano pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Antarabangsa Kaherah.

Nakano memenangi emas dengan catatan masa 10.613s, manakala gangsa milik rakan senegaranya, Kaiya Ota yang mencatat masa 10.686s. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya