Sabah mahu berehat dengan tiga mata

Sabah mahu berehat dengan tiga mata

SABAH FC turun dengan misi menumpaskan Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Likas malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain Sabah FC tidak mahu terus memikirkan episod duka membabitkan keputusan pengadil ketika sekadar meraih satu mata, sebaliknya berazam mencipta kemenangan pada pertemuan menentang Penang FC di Stadium Likas, malam ini.

Situasi semasa seri 1-1 dengan Sri Pahang disifatkan sebagai luar kawalan dan penyerang Sabah, Darren Lok tidak rela situasi sama terus berulang.

Jelas penyerang Harimau Malaya itu, rakan sepasukannya perlu menutup aksi di Likas dengan tiga mata sebelum saingan Liga Super berehat seketika bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan.

“Kami patut dapatkan tiga mata (ketika menentang Sri Pahang) tetapi perkara yang berlaku adalah di luar kawalan.
“Untuk aksi selepas ini, sudah pasti Penang FC bukanlah lawan yang mudah ditewaskan dan kami perlu sentiasa bersedia.

“Tinggal satu lagi perlawanan sebelum rehat, jadi kami kena dapatkan tiga mata untuk memastikan Sabah FC berada dalam kelompok teratas Liga Super,” katanya.

ONG KIM SWEE

Perlawanan kelima kali ini menjadi aksi terakhir sebelum saingan berehat bagi memberi laluan kepada Harimau Malaya harungi dua persahabatan antarabangsa bertemu Turkmenistan dan Hong Kong pada 23 dan 28 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Darren turut berada dalam senarai 27 pemain yang dipanggil Kim Pan-gon bersama empat lagi pemain The Rhinos iaitu Dominic Tan, Stuart Wilkin, Daniel Ting dan Damien Lim.

Dalam pada itu, pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee yang dilayangkan kad merah ketika pertemuan dengan Sri Pahang, Ahad lalu mengingatkan anak buahnya melupakan kontroversi melibatkan pegawai perlawanan dan hanya memberi fokus memburu kemenangan.

“Saya harap pemain boleh melupakan perlawanan sebelum ini dengan kembali mencipta kemenangan untuk pasukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN