Jangan pandang remeh pemasangan Jalur Gemilang

Jangan pandang remeh pemasangan Jalur Gemilang

ANTHONY Loke Siew Fook ketika hadir melancarkan Bulan Kemerdekaan Peringkat Parlimen Seremban di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa, Seremban, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Semua pihak perlu peka malah berhati-hati dalam pemasangan Jalur Gemilang kerana ia merupakan identiti negara yang dihormati dan dikibarkan dengan rasa bangga dan semangat patriotik.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ingatan itu penting kerana pengibaran Jalur Gemilang tidak boleh dipandang remeh dan mempunyai sensitivitinya.

“Memang kita memberikan peringatan kepada semua orang supaya jangan memandang remeh kepada bendera, apabila dikibarkan perlu dilakukan secara betul dan hormat .mesti ada sensitiviti, tetapi kadang-kala ada kesilapan yang mungkin tidak disengajakan

“Dalam hal ini sekolah itu perlu sediakan laporan dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyiasat jika tindakan tersebut disengaja atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bulan Kemerdekaan Peringkat Parlimen Seremban di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson Jumaat lepas.

Terdahulu Anthony dalam ucapannya menyatakan semangat kemerdekaan dan kecintaan terhadap Jalur Gemilang perlu sentiasa disemai dalam kalangan rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, usaha mendidik dan menyampaikan makna sebenar bendera negara kepada pelajar sekolah amat penting agar mereka memahami nilai dan erti di sebalik lambang kebangsaan itu.

Dalam perkembangan lain, Anthony Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, usul pelantikan senator akan dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan esok.

“Amalan kebiasaannya di setiap negeri adalah parti komponen dalam kerajaan negeri akan mencadangkan satu nama (untuk jawatan berkenaan). Sejak 2018, PKR dan DAP telah diperuntukan (masing-masing) satu kerusi,” katanya.

Baru-baru ini, Kelab Veteran DAP Negeri Sembilan dilaporkan mengecam jawatankuasa parti itu di negeri ini kerana didakwa ‘menggadai’ kepentingan rakyat Negeri Sembilan dengan mencadangkan pelantikan ‘orang luar’ sebagai senator.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN