PORT DICKSON: Pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, di sini, memohon maaf secara susulan insiden pemasangan bendera Jalur Gemilang secara terbalik baru-baru ini.
Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dalam kenyataan berkata, pihak sekolah dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 5 petang pada 1 Ogos lalu dan telah mengambil langkah pembetulan dengan segera
“Seorang pekerja sekolah menjalankan tugas pemasangan bendera sebelum tamat waktu bekerja, namun, akibat kecuaian, salah satu bendera telah dipasang dalam keadaan terbalik.
“Kesilapan ini adalah tidak disengajakan, kami mengakui bahawa ia telah menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam. Kami rasa amat kesal,” katanya. – UTUSAN







