Perak FC mahu siasat 'drama' Teong Kim, penyokong

Perak FC mahu siasat ‘drama’ Teong Kim, penyokong

LIM TEONG KIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC mahu siasat dahulu isu video tular membabitkan ketua jurulatih, Datuk Lim Teong Kim dengan penyokong selepas perlawanan dengan Sri Pahang di Stadium Perak, semalam.

“Kami kena siasat betul-betul sebelum membuat apa-apa kenyataan mengenainya.

“Tidak adil membuat sebarang kenyataan tanpa mengetahui hujung pangkalnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bobie Farid Shamsuddin yang akan meminta pegawai media Perak FC membuat siasatan.

Apa yang pasti video perang mulut antara Teong Kim dengan seorang peminat tersebar luas di whassap dan facew6 book hari ini berikutan kekalahan Bos Gaurus 0-3 kepada Tok Gajah, semalam.

Peminat Perak itu yang ternyata kecewa dan tidak berpuas hati menjadikan jurulatih itu mangsa kecaman.

Insiden semalam adalah yang pertama kali kerana sebelum ini peminat hanya menyuarakan perasaan dan cemuhan melalui whassap dan face book

Peminat Bos Gaurus sukar menerima usaha pasukan itu mengetengahkan terlalu ramai pemain baharu dalam skuad musim ini

Setakat ini, Perak menang satu, seri dua serta tumpas dua perlawanan Liga Super, selain tersingkir pada pusingan pertama Piala FA. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN