Pemain tenis Russia diberi amaran pakai jersi Spartak Moscow

Pemain tenis Russia diberi amaran pakai jersi Spartak Moscow

ANASTASIA POTAPOVA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Persatuan Tenis Wanita (WTA) memberi amaran rasmi kepada pemain Russia, Anastasia Potapova kerana memakai jersi kelab bola sepak negara itu, Spartak Moscow ketika menentang Jessica Pegula dari Amerika Syarikat dalam kejohanan di Indian Wells.

Pemain No. 1 dunia, Iga Swiatek dari Poland mengkritik WTA ke­rana membenarkan Potapova memakai jersi tersebut.

“Lebih banyak perlu dilakukan untuk membantu pemain Ukraine kerana ketika ini semua yang dibincangkan dalam tenis hanya mengenai pemain Belarus dan Russia,” kata Swiatek.

Potapova telah beberapa kali memakai jersi tersebut, terma­suk di Dubai.

Bagaimanapun, ketika di­tanya mengapa dia sering ­memakai jersi kelab bola sepak selepas perlawanan, Potapova menjelaskan dia adalah ­penyokong Spartak sejak berusia 13 tahun dan tidak melihat perkara itu sebagai provokasi.

Dalam emel kepada CNN, jurucakap WTA, Amy Binder berkata: “Mengenai jersi kelab bola sepak Russia, WTA secara rasmi telah memberi amaran kepada pemain bahawa ini tidak boleh diterima. Kami tidak mahu perkara ini berulang.”

Anastasia Potapova menerima amaran rasmi daripada WTA kerana memakai jersi kelab bola sepak Russia, Spartak Moscow.

Sebelum itu, terdapat insiden pemain Ukraine, Lesia Tsurenko yang sepatutnya menentang lawan dari Belarus, Aryna ­Sabalenka di Indian Wells membuat keputusan menarik diri atas alasan peribadi.

Swiatek berkata, dia memahami keputusan Tsurenko dan amat menghormati gadis-gadis Ukraine.

“Jika bom mendarat di negara kamu atau jika rumah saya musnah, saya tidak tahu sama ada saya boleh menanganinya,” katanya.

Sehingga 12 Mac, sekurang-kurangnya 8,231 orang awam terbunuh dan 13,734 cedera dalam pencerobohan Russia ke atas Ukraine sejak 24 Februari tahun lalu.

Belarus berada di belakang Russia pada ketika kebanyakan negara Eropah mengenakan sekatan terhadap mereka.

Dalam pada itu, bintang Russia, Daniil Medvedev mengakui simpati dengan nasib pemain Ukraine kerana terpaksa beraksi ketika perang sedang berlaku di negara mereka.

“Saya tidak tahu situasi Tsurenko secara terperinci, jadi saya tidak boleh ulas, namun sudah tentu saya bersimpati dengan apa yang berlaku di Ukraine ketika ini.

“Saya selalu akan berkata perkara yang sama, saya ingin keamanan di seluruh dunia dan itu sahaja yang boleh saya katakan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya