Kemarau gol bukan masalah yang penting menang - Faisal

Kemarau gol bukan masalah yang penting menang – Faisal

FAISAL Halim (kiri) cuba melepasi pertahanan Turkmenistan, Elman Tagayev dalam aksi persahabatan kelmarin. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Faisal Halim menegaskan, tumpuannya tidak terjejas biarpun berdepan kemarau jaringan asalkan berjaya membantu Malaysia melakar kemenangan.

Dalam aksi persahabatan menentang Turkmenistan kelmarin, sayap kiri Selangor itu berusaha keras mencari gol pertamanya tahun ini, namun ia berakhir ­dengan kegagalan.

Kata Faisal, melihat Malaysia menamatkan permainan dengan menumpaskan Turkmenistan 1-0 cukup menggembirakan, malah dia kini lebih bersemangat untuk membantu Harimau Malaya me­lakar kemenangan kedua apabila berdepan Hong Kong, Selasa ini.

“Saya sudah bekerja keras tapi belum ada rezeki menjaringkan gol malam ini, namun apa yang penting pasukan kita menang. ­Alhamdulillah syukur, tak kisah­lah siapa yang jaringkan gol.

“Sebagai pemain, saya akui sedikit tekanan kerana pada tahun ini saya masih gagal menjaringkan gol.

“Walaupun begitu, permainan saya masih pada tahap terbaik dan akan bekerja lebih keras lagi kerana tidak boleh selesa pada tahap sekarang,” katanya.

Sejak berpindah dari Terengganu FC untuk menyertai ­Selangor FC, pemain lincah itu sudah membuat lima penampilan, namun belum memahat nama dalam senarai penjaring dan penyokong masih menantikannya meledak gol seperti ­idolanya, Cristiano Ronaldo.

“Sudah tentu saya tidak menganggap kemarau gol ini sebagai masalah yang mengganggu fokus saya.

“Dalam bola sepak ini, pemain penyerang pun belum tentu boleh jaringkan gol.

“Ini hanya menjadikan saya lebih berkobar-kobar memburu gol, mungkin rezeki saya akan muncul nanti, saya hanya inginkan satu gol sahaja untuk mendapat sentuhan dan meledak gol seterusnya,” katanya yang sudah membuat 20 penampilan bersama Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.