Falcao boleh jadi seperti Ronaldo di Arab Saudi

Falcao boleh jadi seperti Ronaldo di Arab Saudi

RADAMEL FALCAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sama ada betul atau tidak, Radamel Falcao akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT), populariti Liga Malaysia (Liga M) sudahpun melonjak apabila dikaitkan dengan bintang ­Colombia itu.

Semalam, media Sepanyol, Marca melaporkan Falcao yang akan tamat kontrak dengan kelab Sepanyol, Rayo Vallecano, Jun ini ditawarkan kontrak dua musim untuk me­nyertai juara Liga Super sembilan musim berturut-turut, JDT.

Biarpun tiada pengesahan daripada JDT atau pemain berusia 37 tahun itu, namun ­be­rita Falcao dilamar kelab Malaysia mendapat liputan beberapa media Eropah, termasuk Britain.

KEHADIRAN Cristiano Ronaldo di Arab Saudi menjadikan Al-Nassr dan Liga Pro Saudi kini dikenali dunia.

Falcao pernah menyarung jersi Atletico Madrid dan Monaco, selain Manchester United serta Chelsea, sekali gus menjadikan namanya cukup besar di Eropah.

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, seandainya benar Falcao dilamar JDT dan ­beraksi dalam Liga M, ia akan menjadikan liga bola sepak negara antara paling popular di Asia Tenggara.

“Seperti yang berlaku di Arab Saudi, bila Al-Nassr mengambil (Cristiano) Ronaldo, saya rasa Liga M pun akan menjadi ­tumpuan peminat bola sepak luar negara, dengan adanya ­Falcao.

“Bagi saya, tidak mustahil juga kita berpotensi menjadi lubuk untuk pemain luar mencari peluang beraksi di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya