Arif pemain serba boleh - Solari

Arif pemain serba boleh – Solari

PENYERANG JDT, Arif Aiman Hanapi (kanan) cuba melepasi hadangan pertahanan Selangor, Ahmad Khuzaimi Piee dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya malam tadi. - UTUSAN/ROZAIDI UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menghamburkan pujian kepada tonggak sayapnya, Arif Aiman Hanapi yang disifatkan seorang pemain yang versatil dalam pasukannya.

“Saya berpuas hati dengan prestasi Arif, dia seorang pemain yang berkualiti, dalam babak kedua saya memberikan kebebasan kepadanya untuk bergerak.

“Dia seorang pemain yang versatil dan mampu beraksi dalam pelbagai posisi, sebab itu kita lihat Arif berlari di kiri serta kanan padang dan dia juga mampu meloloskan dirinya di bahagian depan,” katanya selepas perlawanan Liga Super yang berkesudahan JDT membelasah Selangor 4-0 di Stadium MBPJ malam tadi.

Menurut jurulatih kelahiran Argentina itu, melihat kepada bakat pemain muda tersebut, Arif memiliki banyak potensi, selain, mampu melakukan bantuan, dia juga berkebolehan menjaringkan gol.

Mengulas pula persembahan anak-anak buahnya secara keseluruhan, Solari melahirkan rasa gembira dengan prestasi skuad bimbingannya yang mempamerkan kualiti sebenar mereka.

ARIF Aiman Hanapi (kanan) meraikan jaringan Fernando Forestieri ketika membantu JDT menumpaskan Selangor 4-0. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Para pemain beraksi dengan efektif, kami memiliki banyak peluang dan akhirnya berjaya jaringkan gol dalam babak kedua.

“Semasa separuh masa pertama, benteng kami tidak beraksi dengan kemas, namun, mujurlah mereka perbaiki persembahan dan peluang akhirnya tiba untuk kami meledakkan gol,” ujarnya.

Menurut Solari, jaringan pertama amat penting buat JDT mengumpul keyakinan diri untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan ini.

Katanya lagi, benteng pertahanan yang beraksi lebih kemas dalam babak kedua membolehkan skuad Harimau Selatan itu mempamerkan persembahan yang lebih mantap.

“Bagi saya amat penting semua pemain saling bekerjasama termasuk penyerang yang juga perlu membantu benteng pertahanan,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya