25 pemain masih belum selamat

25 pemain masih belum selamat

SEMUA 25 pemain yang dipanggil dalam kem latihan sepak takraw negara akan mengharungi tapisan sebelum dipilih untuk beraksi di Sukan SEA Kemboja, Mei ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senarai 25 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) semalam bukan skuad akhir yang akan dibawa ke Sukan SEA Kemboja, Mei depan.

Sebaliknya semua pemain masih perlu mengharungi satu lagi tapisan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PSM, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Menurut Abdul Halim, mereka akan memulakan kem latihan pusat fasa dua yang bermula hari ini di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, dengan jumlah pemain akan dikecilkan menjadi 12 orang untuk dibawa ke temasya sukan dwi tahunan itu.

Jumlah itu tidak termasuk tambahan lapan pemain chinlone yang akan diserap dalam skuad kebangsaan bagi beraksi dalam acara tersebut yang kembali dipertandingkan sejak kali terakhir ketika edisi 2017 di Kuala Lumpur.

“Masih belum selamat untuk semua 25 pemain ini kerana kita memanggil jumlah yang banyak adalah bertujuan untuk mereka bersaing dengan satu sama lain, selain menunjukkan komitmen untuk mewakili negara.

“Jika mereka tidak berjaya, ia tidak bermakna pintu sudah tertutup kerana kita masih ada Sukan Asia Hangzhou Septmber depan, jadi kita masih akan melakukan pemilihan seperti biasa.

“Di situ mereka boleh mempertingkatkan aksi masing-masing untuk menarik perhatian barisan kejurulatihan,” kata Halim kepada Utusan Malaysia.

Sesi pemilihan fasa pertama skuad sepak takraw negara bermula sejak 24 Februari lalu selama empat hari membabitkan 37 pemain, namun hanya 32 pemain sahaja yang melaporkan diri.

Justeru fasa kedua yang akan berlangsung selama dua bulan ini akan menuntut komitmen lebih tinggi memandangkan PSM turut mendapat persetujuan daripada pihak MSN untuk melaksanakan kem latihan pusat ala tentera di luar Bukit Jalil bagi meningkatkan lagi semangat dan kerjasama dalam pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya