Misbun Sidek ‘turun pangkat’?

Misbun Sidek ‘turun pangkat’?

MISBUN Sidek (tengah) kini menggalas tugas menjaga acara perseorangan remaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akademi Badminton Malaysia (ABM) membuat keputusan drastik dengan merombak struktur kejurulatihan skuad remaja apabila memberi tugasan baharu buat Datuk Misbun Sidek yang sebelum ini memegang jawatan Pengarah Pembangunan Remaja ABM untuk hanya menguruskan barisan perseorangan remaja.

Keputusan itu dibuat susulan aksi buruk skuad negara pada Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol, Oktober lalu yang menyaksikan tiada wakil Malaysia di pentas final.

Dalam acara berpasukan campuran, Malaysia mengakhiri saingan di kedudukan kesembilan keseluruhan.
ABM turut memutuskan Pe­ngarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky akan membantu membentuk gandingan skuad beregu remaja.

“Keputusan Kejohanan Remaja Dunia tidak mencapai sasaran ditetapkan, malah barisan jurulatih mengakui mereka sebenarnya menjangkakan yang lebih baik.

“Kami terpaksa mengambil pendekatan berlainan, tidak boleh terus menggunakan pendekatan sama.

REXY MAINAKY

“Selepas sesi bedah siasat Kejohanan Dunia Remaja dilakukan, kami bersetuju Datuk Misbun memberi tumpuan penuh kepada acara perseora­ngan kerana itu kepakarannya, manakala beregu remaja bawah bawah 16 dan 18 tahun dipantau Rexy,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif ABM, Michelle Chai semalam.

Beliau ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di ABM, Bukit Kiara.

Katanya, perubahan tugasan sudah berkuatkuasa minggu ini, dan dalam masa sama, kedua mereka sedang berusaha mencari pengganti kepada jurulatih bawah 15 tahun, Hafiz Hashim dan jurulatih bawah 18 tahun, Vountus Indra Mawan yang tidak lagi bersama badan induk itu.

“Datuk Misbun dan Rexy sedang memperincikan jumlah jurulatih yang mereka perlu dan siapa yang mereka perlukan.

“Jadi kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepada me­reka untuk mengenal pasti pro­gram latihan serta pemilihan jurulatih,” tambah Michelle.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya