Malaysia mungkin elak jumpa China, Jepun awal di Piala Sudirman

Malaysia mungkin elak jumpa China, Jepun awal di Piala Sudirman

Malaysia kini meningkat ke tangga keempat dunia dalam ranking berpasukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tuah skuad badminton Malaysia berterusan apabila berkemungkinan mengelak daripada bertemu dengan kuasa besar seperti China dan Jepun di peringkat kumpulan Piala Sudirman yang akan membuka tirai di Suzhou, China pada 15 Mei depan.

Ranking pasukan Malaysia kini meningkat ke tangga keempat dunia seperti diumumkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), sekaligus bakal meletakkan skuad negara bersama-sama dengan China, Jepun, dan Indonesia di dalam balang 1 menjelang sesi undian saingan berpasukan campuran itu hari ini.

Malaysia sebelum ini nyaris terlepas ke saingan tersebut apabila gagal untuk menepati sasaran layak ke separuh akhir, namun kem negara menarik nafas lega apabila tetap layak membuat penampilan di Piala Sudirman berdasarkan kuota ranking dunia yang diperuntukkan BWF.

“Sudah tentu ia sesuatu yang bagus untuk berada di kelompok empat terbaik dunia. Sebab sebelum ni kami berada di ranking kelapan dan kesembilan tiga tahun lalu.

“Bagaimanapun saya percaya kenaikan ranking ini cuma bantu kita sikit dalam peringkat undian (Piala Sudirman) nanti. Sebab bagi saya ranking keempat hanya nombor semata-mata dan banyak perlu diperbaiki.

“Jadi kami perlu bersedia dari sekarang untuk membina satu pasukan yang ampuh bagi menghadapi saingan itu,” jelas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann.

WONG CHOONG HANN

Tambah Choong Han, banyak kerja rumah perlu dilakukan oleh keseluruhan skuad negara apabila hanya mempunyai tempoh sekitar tiga bulan sahaja lagi, dan dalam masa yang sama, mereka mahu mengelak daripada aksi suram yang dipamerkan ketika Kejohanan Badminton Berpasukan Bercampuran Asia di Dubai tempohari berulang.

Ketika Piala Sudirman edisi lalu di Vantaa, Finland, perjalanan skuad negara tersekat di peringkat separuh akhir di tangan Jepun untuk akur membawa pulang pingat gangsa.

“Memang kita risau bila kita tidak berjaya menampilkan aksi yang terbaik. Namun adalah penting untuk kita tidak terlalu memberintekanan yang melampau kepada pemain kerana mereka telah meberikan persembahan yang terbaik.

“Sebab kadang-kadang terdapat perkara di luar jangkaan akan berlaku ketika bertanding dalam satu-satu kejohanan. Kami percaya mereka mempunyai harga diri dan tidak mahu kalah kepada pihak lawan.

“Jadi kami tahu mereka sudah tentu akan ambil pengajaran dari kejohanan itu dan mahu memperbaiki aksi mereka untuk aksi hang seterusnya,” tambah Choong Hann. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya